Saturday, November 20, 2010

i'm back!!

Assalamualaikum...

eh eh dah lama tak memblog. ada hati nak buat tajuk gempak :)

sorry sebab saya dah laaaaaaaaama sangat tak meng update blog. ketiadaan masa, plus laptop yang selalu meragam juga antara penyebab utama saya rasa malas-teramat-sangat untuk update benda alah ni.

oke. actually (tetiba speaking), banyak story saya nak cerita dalam entry ni. maklum la, dah lama tak memblog, so lepas gian la kan. tapi saya tak tahu lah saya mampu tak nak habiskan semua cerita cerita saya ni dalam satu entry memandangkan sekarang jam dah hampir 5 pagi (tu lah. siapa suruh malas lagi ieqa!). first, saya nak cerita pasal design baru blog saya ini. saya pun tak tahulah oke ke tak design ni. sebab tadi buka buka je web ni ade tulis design template baru. so tangan ni apa lagi, gatal la nak mencuba. cuba punya cuba melekat pulak ngan design ni. setelah di tokok tambah di tolak di bahagi, terhasillah design seperti ini (seperti yang berada depan mata anda sekarang). walaupun ianya telah sama sekali lari dari tema warna kegemaran saya iaitu PINK, tak pe lah. nama pun suka suka. sila tinggalkan komen anda selepas membaca. terima kasih~

2nd, saya nak cerita pasal kerja saya. huhuhu. ya! sekarang saya sudah bekerja. walaupun kerja saya tidaklah sehebat mana, tapi saya gembira dengaan kerja saya. anda mahu tahu apa kerja saya? lihat ini.


rasa rasa pasti ada di kalangan korang dah tahu kan?? saja je nak buat gempak. hihihi. padahal memang tak gempak mana pun kan.

berbalik pada topik asal, ini lah kerjaya saya sekarang. Artis Budaya di Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Negeri Pahang. ada orang tanya saya, pandai ke saya menari?? nak tahu?? tengoklah sendiri :P

nak cerita mengenai pengalaman masa mula mula terlibat dalam kerjaya yang serba mencabar ni (memang betul betul mencabar), hingga menguji kekuatan fizikal dan mental woo. saya sendiri mula mula agak susah juga nak sesuaikan diri. until now, still lagi belajar menyesuaikan diri. bekerja tak tentu masa. tapi semua tu adalah pengalaman baru dalam hidup saya. pengalaman yang saya tak akan dapat di mana mana. banyak benda saya belajar. paling penting belajar menghargai masa (lebih-lebih lagi masa tidur! haha), semangat satu pasukan (itu memang dititikberatkan oleh cikgu-cikgu kami) dan macam-macam lagi. eh eh dah pukul 5.

rasanya sampai sini je kot entry saya. tunggu cerita saya pada entry seterusnya ya! *berjanji pada diri sendiri akan selalu rajin mengupdate blog. huhu.

salam~

Sunday, May 23, 2010

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Lahir ibu!~

waaaaa. sudaa terlalu lama tidak mengupdate blog. sorry kepada sesiapa yang nanti nantikan cerita terbaru saya. ada ke?? haha. mungkin ramai yang anggap saya ni terlalu sibuk sehingga susah nak mencuri masa untuk mengupdate blog. tapi ternyata anda silap! saya memang mempunyai terlalu banyak masa terbuang sampaikan saya sudah-tak-tahu nak buat apa dalam satu hari. sebab kenapa saya tidak update blog ini?? jawapan nya terlalu mudah. MALAS!

memang banyak story yang saya nak tulis dalam entry ini. tapi saya takde mood. tak tahu kenapa. huhu.*EMO (T_T). terlalu banyak saya nak ceritakan pada korang korang semua. tapi takpe lah. satu satu eh (-_-")~

mula sekali saya nak cerita pasal sambutan hari jadi plus hari ibu untuk bonda yang tersayang iaitu Pn. Norriza Bte Yang Ghazalli. memandangkan hari jadi ibu sama dengan hari ibu, so kami sepakat untuk sambut sekali. jimat kos weh. haha~

sambutan yang dibuat cuma ala kadar saja. tak sempat nak jemput saudara mara atau teman teman sebab planning dibuat last minute. minta maaf kepada semua(T_T)


tarikh :: 10hb Mei 2010
tempat :: De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang
masa :: around 5pm


menikmati fish n cheap kegemaran. kepala cuma nampak separuh sebab memang nak interframekan makanan itu. kredit to along. huhu~


hadiah bersama untuk bonda tersayang. senyummmm(^_^)


**masa ni takde kek lagi sebab kek dipotong bila sampai ke rumah. dan saya jadi gila-malas-tahap-gaban nak upload gambar kek sebab tenet yang sangat lembab. sungguh menyakitkan hati (T_T)

Saturday, May 22, 2010

dear GOD. please..send me a shoulder to cry on (T_T)~

saya sedih. dari luaran orang akan nampak saya seorang yang gila gila periang. kalah kanak kanak riang. bila saya ketawa, orang akan cakap saya ketawa tak ingat dunia. ada jugak kawan kata saya kalau ketawa susah nak stop! adakah?? ok. saya tak nafikan. memang saya seorang yang suka ketawa. bukankah ketawa itu penawar duka?? tapi saya tak pernah lari daripada merasa duka dan sedih. sampaikan saya rasa hidup ini sungguh unfair & lovely. saya mengakui saya memang pengguna setia kepada krim pencerah fair & lovely. since i was ten! masa tu saya pakai sebab saya harap hidup saya akan selalu fair & lovely. tapi ternyata itu semua tipu! *ok i'm just jokking~

**ternyata hidup kita memang tidak selalu fair & lovely. kenapa kita susah nak dapatkan apa yang kita suka??

Friday, April 30, 2010

azam tahun baru

saya tahu memang dah terlambat nak cakap pasal azam tahun baru di penghujung bulan april ni. tapi saya tetap nak share dengan sahabat sahabat saya. tolong bagi can eh. tolong sangat sangat (T.T). azam saya untuk tahun ni takde la heavy dan complicated sangat. ceh macam confident je ieqa ni kan?? jom kita tengok :-


1. nak cari kerja yang lebih stabil

yang menjadi keutamaan saya adalah kerja. sebab saya dah terlampau bosan untuk berada di rumah setiap masa. walaupun sudah menamatkan pelajaran, saya akui bukan senang nak mencari kerja yang betul betul stabil dan kena dengan jiwa. rasa jeles bila tengok kawan kawan yang sudah bekerja (-_-")


2. nak memilki pengangkutan sendiri

bila dah ada kerja mestilah ada gaji. bila ada gaji mean sudah ada duit. so bila dah ada duit boleh la saya beli kenderaan idaman. hehe. apa yang saya idamkan?? saya taknak bagitahu sekarang. biarlah menjadi rahsia dulu k.


3. ingin menambah berat badan

bunyinya memang pelik. tapi saya memang bersungguh sungguh ke arah itu! kadang kadang perkara ini menjadi obsesi bagi diri saya. bila saya rasa baju atau seluar yang di pakai terasa sedikit ketat, bila mencuci muka terasa pipi sedikit tembam, saya akan rasa sangat gembira. sampai ada berkata "orang lain sibuk nak kurus, ko pulak sibuk nak gemuk", huhu sungguh weird bukan??


4. nak simpan rambut panjang

gila jeles bila tengok wanita berambut panjang. terutama bila melihat iklan syampu. bila tengok gambar gambar zaman dahulu kala. rasa seperti hendak menangis pun ada. lepas tu, mula rasa menyesal sebab potong rambut. kononnya mahukan rambut yang ala ala victoria beckham la. ala ala jepun la. tah apa apa. huhu. tapi sekarang saya memang betul betul nekad untuk menyimpan rambut panjang sepanjang yang boleh.


**mungkin saya akan mencuba rambut ala ala taylor swift pula. erm akan dipertimbangkan. agak agak korang sesuai ke erk??~

itulah antara azam azam saya tahun ni. nak tahu tercapai atau tidak? sama sama kita nantikan. hope dapat dilaksanakan dengan jayanya. wish me luck!

Saturday, April 24, 2010

hari ini~

hari ni merupakan hari sabtu. ya memang semua orang tahu hari ni hari sabtu. so apa kena dengan hari sabtu?? saya pun tak tahu. huhu. tapi hari ni kebanyakan orang akan cuti. so masa ni la diaorang akan spend time kan masa dengan ahli keluarga dan teman teman. hari ni tak banyak aktiviti yang saya lakukan di rumah. ok saya tipu. bukan tak banyak. tapi memang takde langsung. hohoho. saya cuma lakukan aktiviti harian yang biasa di lakukan di rumah. tapi yang paling biasa adalah online. haha. yeah saya mengaku semenjak dua tiga menjak ni saya banyak menghabiskan masa dengan mengeserve internet. bukak fb, twitter, and yang paling terbaru off course la blog kesayangan saya ni. huhu. sampaikan saya rasa macam saya ni dah terkena satu penyakit. internet addict!! wah memang teruk kalau tak dibendungkan dari awal. tapi semua ni masih di tahap selamat. kalau dalam kes penyakit kanser, masih di tahap pertama. ya medical bukan bidang saya. so no wonder kalau fakta saya tu salah. just assume saja ok =)

erm today i'm not in mood. maybe sebab kesan kelaparan yang agak melampau. keadaan perut yang sentiasa minta untuk di isi - bunyi sungguh kesian kan (T_T). tapi itu lah keadaan saya sekarang. bukan sebab saya di dera sampai tidak di beri makan ya. tapi disebabkan rumah yang ketiadaan orang dan tiada apa apa untuk di makan di rumah memaksa saya berkeadaan begini. huhu. so ini je la yang saya mampu lakukan. merepek meraban dalam blog sambil melayan cerita melayu ( lupa tajuk. hoho ) lakonan iqram dinzly. wahh my favourite actor tuu sementara menunggu kepulangan ibu bapa tersayang sambil membawakan makanan untuk anaknya yang sedang kelaparan nih. lapar! lapar! lapar! (+.+)~

saya budak baru belajar~

malam ni saya tidur agak lewat daripada biasa. atau memang tak tidur terus rasanya. haha ( excited ngan blog punya pasal ) tapi kalau tak tidur pun takpe rasanya sebab esok merupakan hari sabtu di mana semua orang tahu esok adalah hari keputeraan ( eh apa kau merepek ni ieqa! ), bukan bukan. esok cuti la. huhu. eh apa pulak esok. kira hari ni la sebab jam sudah pun pukul 1 pagi. wah ini dah memang betul betul excited sebab sanggup menahan mata daripada tidur semata mata untuk menulis entri pada blog kali ini. mungkin sebab dah dapat design blog idaman. hehe. takpe, lepas ni boleh qada' tidur ya. hoho.

sebenarnya dari tadi saya asyik fikirkan pasal apa saya nak tulis dalam post kali ni. erm dalam kepala ada banyak idea act tapi saya tak tahu nak mulakan yang mana dulu. excited! ok lah apa kata saya perkenalkan orang orang kesayangan saya dulu. orang kesayangan?? pasti ramai yang tertanya tanya siapa orang orang kesayangan saya tu kan. hehe. saya memang suka buat suspend. tak suspend?? takpe. anda hanya perlu buat buat susend je ok. huh! merepek lg. ok la saya tak nak banyak cerita ( sebenarnya dah tak tahu nak buat ayat apa. kepala buntu. huhu ), kamu orang tengok la sendiri ya. check this out!


"ayah dan ibu. ayah dan ibu. itulah permulaan kami"~~
tiba tiba teringat bait bait lagu Allahyarham Sudirman. hehe. yang pasti, ayah! ieqa dah ada blog jugak yeay!!~


kakak yang sulong. Haiza Nurfirdaus. pelik tapi benar. ya nama dia memang Nurfirdaus tapi orangnya tulen ok. huhu. gurauan di malam hari ( sesiapa yang tak paham gurauan saya sila abaikan ok ) . muka kurang jelas?? takpe ada lagi selepas ini. tungguuuu...
**yang pasti tudung yuna tu cantik! siapa punya la agaknya ya. haha~


perhatian ya!! ini bukan orang yang tidur di jalanan. ni la adik saya yang ketiga, naim. waktu ni dia sedang mengambil angin di pantai balok. huh! ambik angin la sangat kau. huhu. yang pasti sunglases tetap maintain. hahaha~


adik keempat yang lebih mesra di panggil aqeeb. "koya kat cameron highlands", katanya.
p/s~~sila abaikan pemandangan di belakang kerana ia memang menyakitkan mata. takde tempat lain ke kau nak bergambor qib??haish!~


adik yang bongsu a.k.a budak yang paling mengada dalam family ( excuse me. i tak jelouse ok. huhu. gedik sebentar ) but no wonder la kan. dah memang lumrah alam yang paling bongsu yang paling manja. ok la tuh. tiba tiba ikut tagline saida. haha sengal~


kesengalan kami terserlah waktu ini. sila abaikan aksi terlampau saya itu. kerana gambar ni di ambil secara candid oleh bonda tersayang. so tak expect pose akan jadi seburuk itu. haha. whatever~


susunan poisture ( ntah betul ke tak saya eja. haha. hentam sajalah labu ) yang agak menarik di situ. say cheese!!~


**wajah wajah ceria mereka :-

peace!!

aksi apa yang cuba dia tonjolkan sebenarnya ni??



malam annual dinner di drbr. ayah tengok apa tuh?? along menyibuk di sebelah. haha. tapi sayang, saya tak dapat join masa ni. EMO. but it's ok. kerana saya sedang berjuang ketika ini. semangat!!~

Friday, April 23, 2010

finally ;)

akhirnya....

mungkin agak hairan melihat tajuk post pertama saya di atas. post yang pertama menggunakan perkataan 'AKHIR' ( whatever ) tapi ini adalah percubaan saya untuk kali ketiga dalam membina blog idaman. serius! setelah bertungkus lumus bersengkang mata akhirnya saya berjaya mendownload layout idaman dan yang paling menterujakan saya ialah dapat design yg berwarna pink! memang saya tergila gila kan warna pink. tak tahu kenapa. huhu ;) ok untuk pengetahuan semua ini adalah blog saya yang ketiga. saya ulangi ok. yang keTIGA. saya memang bukan jenis gila blog tapi blog saya yang pertama dan kedua memang tidak memuaskan hati dan kehendak saya ( saya mengaku saya memang seorang yang agak cerewet. huhu ) mungkin blog pertama dan kedua saya lebih kepada ekperimentasi. so tidak perlu lah saya mentionkan apa nama blog pertama dan kedua saya kerana kedua dua nya memang tidak akan di publishkan. kalau ada sesiapa yang terjumpa blog yang mempunyai sama muka dengan muka saya just ignore it ok.

sekarang saya nak bersiap untuk pergi membersihkan diri setelah sekian lama mengabdikan mata menghadap laptop yang agak lembab ni. mungkin sebab dah terdapat banyak virus dan program program yang tak tahu dari mana asal usulnya telah bermastautin dalam laptop ni. walaubagaimana pun laptop ini tetap banyak berjasa pada saya dan keluarga. ;)

sekian sahaja untuk kali ini..

dadaaaaaa~