Friday, April 23, 2010

finally ;)

akhirnya....

mungkin agak hairan melihat tajuk post pertama saya di atas. post yang pertama menggunakan perkataan 'AKHIR' ( whatever ) tapi ini adalah percubaan saya untuk kali ketiga dalam membina blog idaman. serius! setelah bertungkus lumus bersengkang mata akhirnya saya berjaya mendownload layout idaman dan yang paling menterujakan saya ialah dapat design yg berwarna pink! memang saya tergila gila kan warna pink. tak tahu kenapa. huhu ;) ok untuk pengetahuan semua ini adalah blog saya yang ketiga. saya ulangi ok. yang keTIGA. saya memang bukan jenis gila blog tapi blog saya yang pertama dan kedua memang tidak memuaskan hati dan kehendak saya ( saya mengaku saya memang seorang yang agak cerewet. huhu ) mungkin blog pertama dan kedua saya lebih kepada ekperimentasi. so tidak perlu lah saya mentionkan apa nama blog pertama dan kedua saya kerana kedua dua nya memang tidak akan di publishkan. kalau ada sesiapa yang terjumpa blog yang mempunyai sama muka dengan muka saya just ignore it ok.

sekarang saya nak bersiap untuk pergi membersihkan diri setelah sekian lama mengabdikan mata menghadap laptop yang agak lembab ni. mungkin sebab dah terdapat banyak virus dan program program yang tak tahu dari mana asal usulnya telah bermastautin dalam laptop ni. walaubagaimana pun laptop ini tetap banyak berjasa pada saya dan keluarga. ;)

sekian sahaja untuk kali ini..

dadaaaaaa~

3 comments: