Saturday, November 20, 2010

i'm back!!

Assalamualaikum...

eh eh dah lama tak memblog. ada hati nak buat tajuk gempak :)

sorry sebab saya dah laaaaaaaaama sangat tak meng update blog. ketiadaan masa, plus laptop yang selalu meragam juga antara penyebab utama saya rasa malas-teramat-sangat untuk update benda alah ni.

oke. actually (tetiba speaking), banyak story saya nak cerita dalam entry ni. maklum la, dah lama tak memblog, so lepas gian la kan. tapi saya tak tahu lah saya mampu tak nak habiskan semua cerita cerita saya ni dalam satu entry memandangkan sekarang jam dah hampir 5 pagi (tu lah. siapa suruh malas lagi ieqa!). first, saya nak cerita pasal design baru blog saya ini. saya pun tak tahulah oke ke tak design ni. sebab tadi buka buka je web ni ade tulis design template baru. so tangan ni apa lagi, gatal la nak mencuba. cuba punya cuba melekat pulak ngan design ni. setelah di tokok tambah di tolak di bahagi, terhasillah design seperti ini (seperti yang berada depan mata anda sekarang). walaupun ianya telah sama sekali lari dari tema warna kegemaran saya iaitu PINK, tak pe lah. nama pun suka suka. sila tinggalkan komen anda selepas membaca. terima kasih~

2nd, saya nak cerita pasal kerja saya. huhuhu. ya! sekarang saya sudah bekerja. walaupun kerja saya tidaklah sehebat mana, tapi saya gembira dengaan kerja saya. anda mahu tahu apa kerja saya? lihat ini.


rasa rasa pasti ada di kalangan korang dah tahu kan?? saja je nak buat gempak. hihihi. padahal memang tak gempak mana pun kan.

berbalik pada topik asal, ini lah kerjaya saya sekarang. Artis Budaya di Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Negeri Pahang. ada orang tanya saya, pandai ke saya menari?? nak tahu?? tengoklah sendiri :P

nak cerita mengenai pengalaman masa mula mula terlibat dalam kerjaya yang serba mencabar ni (memang betul betul mencabar), hingga menguji kekuatan fizikal dan mental woo. saya sendiri mula mula agak susah juga nak sesuaikan diri. until now, still lagi belajar menyesuaikan diri. bekerja tak tentu masa. tapi semua tu adalah pengalaman baru dalam hidup saya. pengalaman yang saya tak akan dapat di mana mana. banyak benda saya belajar. paling penting belajar menghargai masa (lebih-lebih lagi masa tidur! haha), semangat satu pasukan (itu memang dititikberatkan oleh cikgu-cikgu kami) dan macam-macam lagi. eh eh dah pukul 5.

rasanya sampai sini je kot entry saya. tunggu cerita saya pada entry seterusnya ya! *berjanji pada diri sendiri akan selalu rajin mengupdate blog. huhu.

salam~